Friday, September 19, 2008

Oh...Abang

This composition was written by a primary 5 student of mine. Enjoy.

Name: Nur Adilah Kamaruddin
Class: 5 Humility

Aku melihat gambarmu dengan penuh kesyahduan. Kalau aku tidak membawamu ke kedai baru itu, mesti kejadian itu tidak terjadi. Aku hendak sangat melupakan peristiwa pahit itu, tetapi, ia masih terngiang-ngiang di fikiranku. Airmataku mula mengalir ke pipiku. Namun…

“Abang, abang! Marilah ikut saya ke kedai baru itu,” kataku kepada abangku.

“Taknaklah, abang penatlah,” jawab abangku, Syafiq.

“Alah, ikutlah,” rayuku sekali lagi. Abangku memandangku dengan wajahnya yang penuh keletihan, tetapi, aku masih hendak mengunjungi kedai baru itu.

“Baiklah, biar abang tukar baju sekejap,” kata abangku mengalah. Aku melompat-lompat dengan penuh kegembiraan.

Vroom…vroom… enjin motor abangku mula bernyawa. Dalam masa beberapa minit, kami tiba ke destinasi yang dinanti-nantikan. Aku tidak sabar untuk ke kedai baru itu kerana kawan-kawanku sudah memberitahuku bahawa kedai baru itu besar dan canggih. Harga barangan di kedai itu juga berpatutan.

Sebelum aku masuk ke dalam kedai baru itu, abangku berkata denganku bahawa dia mahu menunggu di luar dan abangku pun mengarahku supaya jumpanya dalam masa satu jam di tepi jalan raya. Aku pun masuk ke dalam kedai itu. “Wah, catiknya kedai ini!” aku berkata dalam hatiku.

Sedang aku berjalan-jalan mencari baju, aku terdengar suatu bunyi yang dating dari luar. Brriikkkk….bunyi sebuah kenderaan berhenti dengan tiba-tiba. Aku pun berlari ke luar untuk melihat apa yang terjadi.

Di luar, terdapat ramai orang berkumpul di sebuah tempat. Aku ternampak sebuah motor. Sebuah motor yang serupa dengan motor abangku. Dengan pantas aku berlari ke tempat itu dan menolak orang yang berada di sana.

“Abang!!!’ aku menjerit apabila aku ternampak abangku di jalan raya itu. Darah mengalir keluar dari kepala dan badannya. Aku pekik sekuat-kuatnya menyuruh sesiapa sahaja menelefon ambulans.
Sementara menunggu ambulans tiba, abangku cuba berkata kepadaku dengan suara yang lemah dan perlahan, “Adik… jaga diri baik-baik ya?”

Paramedik di dalam ambulans memberitahuku bahawa abangku telah kehilangan banyak darah. Mukaku mula pucat. Ini bermakna, peluang untuknya pulih amat tipis. Aku memandang kea rah abangku dan menangis. Oh abang, semua ini berlaku keranaku.

Apabila kami tiba di hospital, ramai doktor dan jururawat bergegas untuk membantunya. Dia dibawa ke wad kecemasan. Akibat kekurangan darah, abangku terus koma. Aku dapat melihat kesayuan di wajah pucat ibu dan ayahku. “Jangan tinggalkan mak, Syafiq,” rayu ibuku sambil menangis terisak-isak.

Malang memang tidak berbau. Doktor mengesahkan abangku meninggal dunia keesokan harinya. Aku kesal. Kesal dengan kedegilan aku yang telah menyebabkan abangku meninggalkanku buat selama-lamanya. Oh abang, maafkan adikmu ini.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Wow...goood quality compo coming from a P5...i hope its not a personal story of hers....menyedihkan seh..reminded me of my biggest regret in m'sia back then...sobzz

I miss my Yogi......

Ayu

3:07 PM  
Anonymous naime said...

nah, it's not a personal story. all fiction

7:48 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home